1. Guest
  2. Idea & Cadangan | Idea & Suggestions
  3. Thursday, 12 July 2018
  4.  Subscribe via email
Dun-logo-July-2018-3.jpg

Perbahasan Pindaan Ordinan Tanah 2018 semakin hangat apabila beberapa Wakil Rakyat tidak bersetuju berkenaan penambaham Seksyen 6A yang dipanggil sebagai Native Territorial Domain yang memberi had milikan tanah komuniti kepada 500 hektar..

Bagi Kamek.org Tanah Adat Bumiputra bukan dimiliki oleh sesuatu kaum atau etnik secara eksklusif.. Tiada tanah adat Iban tiada tanah adat Melayu tiada tanah adat Dayak..Yang ada hanyalah Tanah Adat Bumiputra yang mewakili Melayu Iban Dayak Bidayuh Penan dan lebih 30 etnik lagi...

Bagi Kamek.org Tanah Adat Bumiputra bukan untuk dimiliki.. Ianya sepatutnya di kongsi bersama sama.. Barulah kita semua dapat hidup rukun damai..Kalau org Iban bercucuk tanam manakala orang Penan giat berburu di dalam kawasan yang sama apa masalahnya.. Kan lebih meriah suasana..

Kalau kita dapat capai secara kolektif definisi sebenar Tanah Adat Bumiputra barulah semua orang termasuk Kamek.org dapat memahami pengertian sebenar Pemakai Menoa dan Pulau Galau...

Apa yang terpenting hanyalah sempadan komuniti bukan isu pemilikan tanah komuniti...

Photo Credit : Borneo Post Online
Attachments (1)
Comment
There are no comments made yet.
Add Comment


There are no replies made for this post yet.
However, you are not allowed to reply to this post.