1. Roberto
  2. LAIN-LAIN | OTHERS
  3. Tuesday, 24 July 2018
  4.  Subscribe via email
Rasanya Kerajaan Malaysia mahupun Kerajaan Negeri Sarawak pasti menyokong cadangan pihak Sarawak for Sarawakians (S4S) untuk keluar dari Malaysia.

download (1).jpeg

Apa yang penyokong S4S perlu lakukan adalah dengan memulangkan kembali Kad Pengenalan dan passport Malaysia mereka kepada Jabatan Pendaftaran dan Jabatan Imigresen.

Kerajaan Negeri khususnya pasti tidak punyai apa apa halangan untuk penyokong S4S untuk menukar kewarganegaraan negara lain asalkan mereka memilih mana mana negara yang mereka sukai .

Tindakan S4S ini adalah wajar disokong kerana ianya menggalakkan lebih ramai rakyat yang tidak lagi patriotik kepada Malaysia untuk berhijrah ke negara lain asalkan tidak lagi terlibat di dalam aktiviti membawa Sarawak keluar Malaysia..

Ini adalah kerana segala bentuk tindakan membawa Sarawak keluar dari Malaysia memerlukan satu tindakan yang kuat yakni memastikan jika mana mana individu di Sarawak yang tidak lagi mahu berada dalam Malaysian supaya menunjukkan komitmen dan pendirian tegas mereka dengan memulangkan kad pengenalan dan passport Malaysia mereka.

Dan jika S4S ikhlas mahu bersama sama Kerajaan Negeri Sarawak berjuang menuntut hak hak yang telah terhakia daripada Kerajaan Persekutuan maka adalah lebih baik berbincang bersama sama daripada berpeluh peluh memikul sepanduk di jalanan...

Jika tidak tindakan menangguk di air keruh tidak akan dapat menyelesaikan masalah negeri Sarawak...


mete_dz_2707_p2a_dz_1.jpg
Attachments (2)
Comment
There are no comments made yet.
Add Comment


There are no replies made for this post yet.
However, you are not allowed to reply to this post.